Memang serius! Tak tipu niii. Bila check akaun... tiba-tiba duit yang tinggal dah bertambah. Walaupun sekadar RM100++... tapiiii... duit tuuu. Kalau RM1000 mahu pengsan terusss...
Mula le otak ni ligat memikir. Siapa punya duit ni? Ada orang tumpang akaun ke? Ada orang bayar hutang lama ke? Kerajaan bagi bonus lebih ke?
Confius...
Setelah dua hari kepala ni berkerja keras memikirkan jawapannya... bila buka email... segalanya persoalan terjawab.
Ooooo... ingat rezeki terpijak tapi yang lama dah terlajak...
soksek: Teringat masa orang heboh takda bonus tapi dalam akaun ada RM800. Punya le heboh ingatkan bonus. Sekali elaun perpindahan daaa...