TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, November 15, 2010

Jom ketahui apa itu "Melasme"

Kamu tahu apa itu 'melasme'? Asalnya... saya sendiri pun tak tahu yang kesan seperti jagat yang muncul pada muka ibu yang sedang hamil itu dipanggil 'melasme'. Saya hanya mengetahuinya bila terbaca mengenainya di sehelai risalah sewaktu mendapatkan rawatan di hospital. Dari carian google... inilah info yang saya perolehi..

 gambar: google

Melasme adalah perubahan warna kulit yang biasanya kelihatan pada wajah terutama yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Walaupun keadaan tersebut boleh mempengaruhi sesiapa pun, itu sangat umum terjadi pada wanita hamil, mereka yang memakai kontrasepsi oral, dan mereka mengambil terapi hormon gantian. 'Melasme' lebih berkaitan dengan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan.

University of Maryland Medical Center mengatakan keadaan melasme ditandai dengan warna coklat seragam yang kelihatan di atas kening, hidung, pipi atau atas bibir. Perubahan warna ini biasanya seragam di kedua-dua sisi wajah. (bermaksud melasme akan kelihatan pada kiri dan kanan wajah)

Bagaimana mengatasi 'melasme'? "Melasme' boleh di atasi dengan menggunakan krim pemutih atau krim streoid yang disyorkan oleh doktor. Walau bagaimanapun, bagi ibu yang mengandung... 'melasme' ini akan hilang dengan sendirinya selepas anak dilahirkan.

soksek2: Masa mengandung dua anak soleh dulu... kemain lagi banyaknya 'melasme' ni kat muka. Memang hilang lepas bersalin. Mengandung kali ni pun ada. Adakah tiap kali mengandung 'melasme' ni muncul atau ia membawa petanda yang anak dalam kandungan saya ini adalah anak ....? Saspennn.. sengsorang..