TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label risiko ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label risiko ibu mengandung. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Tahan Telinga

Sejak dua menjak ni terpaksa menahan telinga mendengar leteran doktor setiap kali ada temujanji. Sabar jelah... ada telinga... dengar. Semuanya bermula ramadan lalu bila saya KURANG mengendahkan nasihat doktor untuk tidak berpuasa. Hasilnya... doktor menulis catatan yang saya ni pesakit yang tidak mahu mendengar nasihat. Bila catatan dibaca oleh doktor lain setiap kali temujanji. Asyik kena leterlah jawabnya. Apalagi kandungan gula dalam darah saya dikatakan tidak terkawal. Saya pun tidak faham apa yang dimaksudkan tak terkawal kerana keputusan gula dalam darah saya yang terbaru kurang daripada 6mmol malahan petang semalam turun hingga 3.7mmol kerana saya control makan sebab taknak dengar doktor membebel tapi kena bebel juga.

Saturday, September 18, 2010

Semakin Sarat - 4kg lagi ke?

Kandungan saya nak masuk bulan yang ke 7. Masa mula-mula mengandung... berat badan tak naik mendadak macam dua orang anak yang terdahulu. Perut pun kecil jer sampai ada yang tak perasan saya mengandung. Kalau dulu... 6 bulan pun dan macam sembilan bulan sampai orang nengok naik risau sebab besar sangat. Siap ada yang tanya... kembar ke?

Tuesday, June 1, 2010

Didera Doktor

Ngamuk doktor tu kalau baca blog niii. Doktor nak jaga kesihatan kita dikatanya mendera pula. Maaflah doktor... tapi saya memang betul-betul letih. Hari Isnin... ambik darah, hari Selasa jumpa doktor. Macam tu tiap-tiap minggu. Apa kata doktor bagi jer saya cuti dua tiga bulan. Hehehe...

Saturday, May 29, 2010

Mengidam punya pasal - Laksa dalam longkang pun dikutip

Mengidam adalah satu penyakit misteri yang melanda ibu-ibu mengandung. Tak tahu lah mana wujudnya masalah mengidam niii. Asal mengandung... mesti ngidam. Asal ngidam.. mesti mengandung. Kalau orang tak mengandung ianya dipanggil teringin. Mengidam ni untuk yang mengandung sahaja. Kalau tak dapat apa yang diidam... boleh makan hati berulam jantung walaupun yang diidamkan itu mungkin hati berulam jantung juga.

Tuesday, May 25, 2010

Ini bukan pasal pilih kasih - Susah sangat ke nak fahami keadaan ini?

Dalam mood sedih hari ni. Tak tahu lah mengapa sedih tiba-tiba. Mungkin kata-kata yang saya terima pagi tadi buat jiwa saya makan dalam. Entahlah.. susah sungguh nak orang lain faham masalah yang kita tanggung. Kadang-kadang.. mereka ni bukan tak faham tapi tak mahu faham. Masalah yang wujud bukanlah kehendak saya. Saya pun seboleh-bolehnya ingin mengelakkan dan menyusahkan orang lain. Susahkah nak terima ini masa saya dan masa mereka akan sampai suatu hari nanti. Janganlah rasa saat mereka dah berlalu maka ia takkan berulang dalam kehidupan yang lain. Maksudnya.. mungkin akan dialami oleh anak atau cucu mereka nanti.

Monday, May 24, 2010

Doakan saya

Aduhhh.. kenapalah dengan badan ni? Dari tengahari tadi badan saya rasa lemah sangat. Balik sekolah lepas ambil darah untuk BSP saya mula berulang ke tandas. Perut meragam. Pastu muntah tak berhenti-henti sampai takde isi dah. Badan mulalah lembik. Mencari kekuatan untuk menaip entri ni untuk meluah rasa di jiwa.

Thursday, May 13, 2010

Penagih bertauliah tak sama dengan penagih tak bertauliah

Salam. Jangan terkejut blog ini bersiaran pada waktu yang tak sepatutnya. Ececehhh.. baru baru balik mengadap doktor dengan perasaan yang gundah gelana. Doktor bagi MC daaa. Muka saya nampak pucat dan tak bertenaga. Benarkah? Atau mungkin saya berpura-pura berkeadaan begitu... bolehkah?

Wednesday, May 12, 2010

Kandungan gula tinggi dalam darah - Tiada lagi senyuman manis

Letih tau... mana tak letih... minggu ni saja dah berapa kali berulang ke klinik. Ingat orang suka atau suka-suka ke nak ke klinik. Tambahan pula klinik kerajaan. Orang yang berduyun jangan cakap le. Datang awal pun belum tentu dapat giliran awal. Kita sangka kita awal... rupa-rupanya ada yang lagi awal.