Salam. Jangan terkejut blog ini bersiaran pada waktu yang tak sepatutnya. Ececehhh.. baru baru balik mengadap doktor dengan perasaan yang gundah gelana. Doktor bagi MC daaa. Muka saya nampak pucat dan tak bertenaga. Benarkah? Atau mungkin saya berpura-pura berkeadaan begitu... bolehkah?
Hasil perjumpaan mesra bersama doktor pagi tadi telah memberikan hasil yang amat meresahkan. Doktor telah mengirimkan beberapa perkara tanpa pilihan. Arghhh.. ku sangka OK... rupa-rupanya KO.
Actrapid... bukan bas Rapid KL... ini ialah sejenis insulin
Jarum suntikan. Sebungkus ada 10... beli 3 bungkus.. untuk isi insulin dan cucuk dalam badan
BD Alcohol Swabs... tidak memabukkan asalkan tidak dimakan... sebagai pembasmi kuman...
Doktor bagi tempoh sebulan untuk paras gula berada dalam kedudukan normal. Kalau normal... mungkin suntikan insulan diberhentikan. Pemantauan sentiasa. Nampak gayanya kena kembali kepada diet semasa nak ramping dulu. Insulin ni kena ambil 3 kali dalam bilangan 6 unit. Aduhhh.. jadi penagihlah pulak...