TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, May 13, 2010

Menipu pada tajuk? - Sudah hayatikah apa yang tersirat?

Rasanya ramai blogger-blogger yang mengeluarkan entri berkenaan perkara ini. Suatu ketika dahulu... saya turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya berkenaan hal ini. Bila saya semakin mengenali dunia blogging ini.. barulah saya dapat menerima hakikat perkara tersebut. Tapi.. entri saya dahulu hanya melibatkan tajuk yang memang tidak menyentuh langsung isinya samaada secara langsung atau tidak langsung...

Tajuk entri memang memainkan peranan yang besar dalam menarik perhatian pengunjung. Yang jadi masalahnya ialah para pengunjung yang rasa tertipu dengan tajuk yang ada. Kadangkala tajuk yang diberi memang kelihatan tidak menyentuh mana-mana isi. Tetapi... bila tersirat di dalami.. dapatlah dirungkaikan kenapa tajuk itu diberi. Masalahnya... tidak ramai membaca apa yang tersirat dari yang tersirat. Itu yang dapat saya simpulkan.

Selama saya berblogging saya dapat membuat kesimpulan yang kita hendaklah telus dalam melahirkan apa yang ada dalam kotak pemikiran kita. Tak semua orang faham ayat yang berbunga-bunga bahasa dan bermadah seloka. Walau begitu... kita tidak perlu ubah apa yang kita bawa jika kita sanggup hadapi kritikan yang diterima. Hanya kita yang mengetahui niat kita...

Entri-enti dalam SeMekar Kasih mungkin hanya sebuah cerita peribadi atau rasa tidakpuashati saya. Dalam saya menulis.. sebenarnya ada yang tersirat disitu... bukannya melahirkan sahaja apa yang ada di kotak fikiran. Kalau ada pengunjung yang merasa mereka tertipu dengan tajuk dan kandungan isi yang diberi.. saya memohon maaf terlebih dahulu. Selalunya saya tidak akan lari dengan isi yang ada. Kalau yang membaca menghayati... dapatlah menangkap apa yang diberi.

Sama-samalah kita maju dalam dunia penulisan dalam blog ini. Belajar hormati setiap idea dan pandangan selagi ianya tidak memesongkan. Kita tidak hanya sekadar belajar dari pengalaman diri tetapi turut belajar dari apa yang berlaku di sekeliling kita...