TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label mengidam. Show all posts
Showing posts with label mengidam. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Pelam Raja - Bukan kisah Dang Anum yang dibelah perutnya

Pernah dengar nama buah pelam raja? Mungkin namanya wujud kerana asalnya dari istana atau ditanam oleh Raja. Tahukah kamu yang pelam raja ada berbagai saiz? Mungkin kamu pernah melihat yang bersaiz biasa... saiz S, M atau L mungkin. Jangan tak tahu... ada juga pelam raja yang bersaiz XL dan XXL. Pelam raja yang saiz XL dan XXL ini pula sangat susah ditemui.

Saturday, May 29, 2010

Mengidam punya pasal - Laksa dalam longkang pun dikutip

Mengidam adalah satu penyakit misteri yang melanda ibu-ibu mengandung. Tak tahu lah mana wujudnya masalah mengidam niii. Asal mengandung... mesti ngidam. Asal ngidam.. mesti mengandung. Kalau orang tak mengandung ianya dipanggil teringin. Mengidam ni untuk yang mengandung sahaja. Kalau tak dapat apa yang diidam... boleh makan hati berulam jantung walaupun yang diidamkan itu mungkin hati berulam jantung juga.

Thursday, May 20, 2010

Saya nak BOIKOT blog ini!

Kalau ikut rasa di hati... memang nak boikot jer blog ni. Pastu... aksi gambar pulak .. fuhhh... memang takde cover punya. Diberi aksi tambahan yang mengiurkan lagi. Rasa tak sampai beb. Boleh tenung jerrr. Siapa tahan? Kalau berterusan begini... boleh memendam rasa. Kena pula dalam keadaan sekarang niii.. bukannya boleh nak faham. Tahunya... nak ajerrr.

Monday, April 26, 2010

Hormon tak stabil, bukan ngade-ngade

Ingat tak kisah semalam yang saya merajuk, sedih, nangis, nak bungkus baju balik rumah mak bila suami lupa beli nasi lemak untuk saya. Saya dah pesan.. tu pasal yang sedih sangat. Start kereta gi kedai beli roti. Tengok roti sedih lagi... tak lalu makan.. huhuhu. Last-last balik rumah makan tembikai. Pepagi dah makan tembikai... biar tembikaiii. Patutlah perangai lain semacam. Ada khabar gembira rupanyer. Bukan ngada2 yer. Automatik jer macam tu. Kalau  sains kata sebab hormon tak stabil. Kalau orang lama-lama kata pembawakan budak.