Ingat tak kisah semalam yang saya merajuk, sedih, nangis, nak bungkus baju balik rumah mak bila suami lupa beli nasi lemak untuk saya. Saya dah pesan.. tu pasal yang sedih sangat. Start kereta gi kedai beli roti. Tengok roti sedih lagi... tak lalu makan.. huhuhu. Last-last balik rumah makan tembikai. Pepagi dah makan tembikai... biar tembikaiii. Patutlah perangai lain semacam. Ada khabar gembira rupanyer. Bukan ngada2 yer. Automatik jer macam tu. Kalau sains kata sebab hormon tak stabil. Kalau orang lama-lama kata pembawakan budak.
Suami terima khabar gembira petang tadi. Bila balik malam ni kemain manis jer mukanyer. Saya tengok dia sibuk di dapur. Sibuk lah saya bertanya wat apa kerana makan malam dah tersedia. Terdengar tok tek tok tek dia mengeladah dapur tu. Rupa-rupanya dia masak sambal udang dan ikan bilis. Untuk makan anak-anak esok sebab esok dia kerja. Lagipun suami kata kan Ayang kan nak makan nasi lemak. Oyeh2.. tu yang seronok berbadan dua niii..
Saya nie pun dengan penuh berselera nak makan lah sambal tu. Saya dengar suami masak nasi siap-siap. Punyalah semangat nak makan nasi lemak. Yelahhh.. mestilah sambal makan dengan nasi lemak kan..kan..kan. Alih-alih tengok nanti putih daaa. Terus cancel. Huhuhu... Apalah kemaruk nasi lemak sangat nie. Teringat masa mengandung Along dulu. Gara-gara makan nasi lemak melampau-lampaulah sampai kena kencing manis. Kan tak pasal jadi penagih tak bertauliah sebab hari-hari kena suntik insulin kat perut. Harapnyer.. alah kali ni tak teruk macam dulu-dulu. Amin~
ermmm... nasi lemak... ader saper nak belanja?