TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, April 26, 2010

Darab cara mudah lagi - Segalanya dihujung jari

Belajar matematik lagi hari ni. Suka saya ingatkan yang info matematik yang dipelajari bukan sahaja untuk pengetahuan diri sendiri tetapi adalah lebih baik jika anda dapat menurunkan ilmu tersebut kepada adik atau anak-anak anda. Tak baik kedekut ilmu tau... kalau ilmu yang diberi dimanfaatkan... sama-sama kita dapat pahalanyer.

Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk mendarabkan 2 digit nombor dengan 2 digit nombor dan memperolehi jawapannya dengan mudah tanpa perlu melakukan pengiraan dalam bentuk lazim. Oh ya.. jangan mengelat guna calculator yer. Kalau guna untuk semak semula tak mengapa. Seperti biasa.. perkara penting yang perlu dikuasai ialah sifir. Paling-paling kurang, sifir 2 hingga 9 ada dalam tangan. Jom kita ketahui cara mendarab mudah hari ini...

Contoh 1:

23 x 41 sama dengan berapa yer?

Langkah satu:
Darabkan nombor yang berada dalam rumah puluh (nombor yang bergaris hijau) dan tuliskan jawapanya. Lihat contoh.

 2 x 4 = 8

Langkah2:
Letak dahulu satu garis kosong bersebelahan dengan nombor 8.

Letakkan dulu satu garis kosong. jangan isi apa-apa nombor.

Langkah 3:
Darabkan pula nombor yang berada dalam rumah sa (nombor yang bergaris merah), dan tuliskan jawapannya bersebelahan dengan garis kosong.

3 x 1 = 1

Langkah 4:
Sekarang, kita akan mendarabkan nombor nombor dalam rumah puluh dengan nombor dalam rumah sa dan mencampurkan kedua-dua hasil untuk mendapatkan jawapan. Lihat anak panah dalam rajah untuk mengetahui bagaimana pendaraban dilakukan.

hasil darab 2 x 1 = 2 dan hasil darab 3 x 4 = 12 dicampurkan menghasilkan jawapan 14. Nombor 4 diletakkan di garisan kosong tadi dan 1 dibawa atasnombor 8.

Langkah 5: 
1 atas tangan dicampurkan dengan nombor 8 menghasilkan jawapan 9. Maka hasil akhir jawapan ialah 943.


Tak percaya. Sila semak menggunakan pengiraan dalam bentuk lazim atau guna sahaja calculator.

Suka diingatkan yang pengiraan jenis ini hanya sesuai untuk kertas satu yang melibatkan pemilihan aneka jawapan dan tidak sesuai digunakan dalam kertas 2 yang memerlukan jalan pengiraan.

SELAMAT MAJU JAYA