Cikgu-cikgu di sekolah saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Kalau ikutkan carta kat sekolah tu... (carta buat sendiri), saya menduduki ranking pertamalah dalam dunia penulisan blog ni. Nampaknyer ramai yang mula menunjukkan minat bila ada beberapa orang guru yang mula bertanya macamana nak buat blog. Buat blog tak susah kan... yang penting minat dan berusaha untuk mempelajari tentang dunia ini dengan lebih mendalam.
(gambar google)
Agak-agak boleh tak kalau buat kursus membina blog? Setakat yang basic tu... insyallah lepaslah. Kalau ader kursus seperti itu... untung-untung mereka terus jatuh cinta dengan dunia blog ini. Bila dah jatuh cinta, mana tahu blog mereka akan mula dikenali dengan gaya penulisan yang tersendiri. Bakat terpendam ni.. kalau tak dikeluarkan tak tahu. Oooo.. waktu itu akan tergugatlah takhtaku.
Sebenarnya ader beberapa orang cikgu yang mempunyai blog lebih awal dari saya tapi mereka tak aktif. Sayang rasanya jika bakat yang ada dibiarkan begitu sahaja. Oh ya... ramai anak murid saya pun yang tak tahu mengenai kewujudan blog ini. Kalau ader yang tahu pun... tak rajinnyer mereka menjengah. Bab blog ni.. mereka kurang arif pula. Kalau mukabuku tu rajinlah mereka melayan. Rasanya ramai yang terjebak dalam dunia blog ni secara tak sengaja atau memang niat nak punyai sebuah blog?