Mengidam adalah satu penyakit misteri yang melanda ibu-ibu mengandung. Tak tahu lah mana wujudnya masalah mengidam niii. Asal mengandung... mesti ngidam. Asal ngidam.. mesti mengandung. Kalau orang tak mengandung ianya dipanggil teringin. Mengidam ni untuk yang mengandung sahaja. Kalau tak dapat apa yang diidam... boleh makan hati berulam jantung walaupun yang diidamkan itu mungkin hati berulam jantung juga.
Orang bijak agama menyatakan... jika ibu mengandung mengidam... janganlah diturutkan sangat kehendak hati tuuu. Apalagi kalau melibatkan mengidam sesuatu yang pelik dan mengatasi tahap akal fikiran logik manusia. Contohnya.. mengidam nak makan sup selipar ke... nak makan ikan paus ke... atau pun nak makan sesuatu yang haram dimakan dan tidak logik dimakan. Semua itu hanya mainan iblis untuk menyesatkan umat manusia. Pada ketika inilah ibu mengandung perlu kuatkan iman dan lebih mendekatkan diri dengan Allah daripada melayan kehendak nafsu yang tak bertempat.
Cerita berkenaan tajuk berlaku pada kawan saya beberapa tahun dulu. Suatu hari... kawan saya ni terbau masakan kuah laksa dari rumah jirannya. Punyalah menyelerakan. Dia yang sedang berbadan dua pun teringinlah nak rasa laksa jirannya. Tunggu punya tunggu punya tunggu... sampai malam... takdelah pula jirannya hantarkan laksa tersebut barang sepiring pun. Bau laksa pula punyalah menusuk ke hidung setiap masa. Maka tidurlah kawan saya dengan perasaan yang kempunan.
Keesokkan harinya kawan saya mendengar jirannya membasuh pinggan di dapur. Terdengarlah dia bunyi air dicurahkan ke dalam longkang. Tanpa berlengah dia pun mengintai dari pintu belakang rumahnya dan didapati jirannya telah membuang saki baki laksa bersama kuahnya ke dalam longkang. Dengan perasaan mengidam yang tak dapat ditahan-tahan lagi... kawan saya pergi pergilah mengutip laksa tersebut.. membasuhkannya... dan memakannya. Begitu sekali penangan orang mengidam. Kalau ikut logik.. jika jiran tak sedekah pun.. upah dia untuk buat yang lain bagi memenuhi kehendak. Tak tahulah hantu mana yang merasuk masa tu...
Kat kampung saya pula... ada orang tua yang sangat terkenal dengan panggilan 'Haji Bakhilnya'. Bakhil-bakhil dia pun... dia sesekali takkan menghampakan keinginan orang yang mengandung. Sampaikan ada pula yang sanggup pura-pura mengandung jika inginkan sesuatu yang menjadi kepunyaan 'Haji Bakhil' ini. Ibu mengandung ni memang banyak dugaan tau. Tahan tak tahan sahaja. Rezeki pula murah daripada biasa. Semalam... saya pergi shopping baju mengandung... dapat pula keronsang free. Sedekah untuk baby kata tuan empunya kedai.
Orang kata buat baik kat ibu mengandung.. rezeki kita murah nanti. Tapi hairan juga ada suami yang sanggup menderanya isteri yang sedang mengandung dengan pukulan dan sepak terajang sedangkan yang ada dalam rahim isterinya itu ialah benihnya sendiri.
mengandung kali ni saya gila nak makan buah-buahan... balik sekolah mesti sibuk nak cari kedai buah sampai along pun dah faham dahhh..
(gambar google)