TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 29, 2010

Najis dalam sinki - Asal usul teruknya tandas di Malaysia

Tahap kebersihan tandas awam di Malaysia memang memalukan. Walaupun kempen dijalankan di sana-sini... kesedaran sivik tidak timbul juga dalam diri penduduk Malaysia yang melakukan kemungkaran ini. Masih tak dapat faham sikap individu yang sebegini. Nak kata tak sekolah... sekolah... malah ada dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Jangan salahkan pihak sekolah kerana pihak sekolah turut memikul tanggungjawab mewujudkan kesedaran dengan adanya 'Minggu Tandas Ceria'.

tak sanggup nak meletakkan contoh tandas kotor di sini... kang ada yang tak lalu menatapnya...
(gambar: google)

Binatang pun tahu nak sembunyikan najisnya. Contohnya... lihat saja pada kucing. Walau diejek sebagai binatang yang menayangkan b***t*tnya tetapi kucing pun tahu sembunyikan najisnya. Ini pula manusia yang mempunyai akal fikiran. Kalau diri sendiri tak sanggup menatap najis orang lain... fikirkan orang lain pun tak sanggup melihat najis kita. Kalau dah tahu flush tandas tu rosak sekali pun... apa salahnya menjirus najis yang ada sampai hilang. Ini idak.. ditinggalkan sahaja buat tatapan umum. Sedarlah weyhhh... ini kategori 18sx.

Bagaimanalah caranya nak mengatasi masalah ini yer? Malu dengan pengunjung yang datang ke Malaysia. Orang Malaysia sopan santun tetapi... adushhh... sadis nak cerita. Perlu ke wujud satu matapelajaran lain di sekolah seperti wujudnya topik keselamatan di jalan raya? Bila nak masuk tandas kena caj.. ramai yang bising dan tarik muka. Habis kalau nak bersihkan najis sendiri pun tak tahu... terpaksalah upah orang kan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Terima je lah...

Teringat satu kisah yang berlaku di sekolah. Jumpa najis dalam sinki basuh tangan. Bayangkanlah apa jenis perangai murid tu? Nak panjat sinki tu bukan senang tapi lebih sanggup daripada melepaskan niat di tempat yang betul. Agaknya... cara tersebut lebih mencabar kot. Ada thrill dan lepas puas rasanya. Inilah manusia... yang dikata semakin moden tapi sikap lebih mundur dari orang zaman batu.