Salam. Izinkan saya untuk menyentuh tentang topik ini dalam penulisan saya kali ini. Apa yang ditulis berdasarkan pemahaman diri sendiri yang diperolehi dari secebis ilmu yang dipelajari. Tidak cuba untuk mempengaruhi mana-mana pihak mahupun mempertikaikan apa yang ada. Sebaliknya... mudah-mudahan apa yang ditulis direnungi secara telus dan difikir bersama. Maaf terlebih dahulu jika hasilnya menunjuk kekhilafan diri sendiri.
Terpanggil untuk menulis entri yang berkaitan tajuk apabila sana-sini orang memberikan pendapat tentang isu kasut crocs yang membuatkan umat Islam tiba-tiba bangun dari lena. Ada bagusnya di sini. Sana-sini pendapat dibaca. Ada yang mempercayai... ada yang mempertikainya. Saya tidak menyokong mana-mana pihak pun. Masing-masing ada alasan tersendiri. Terpulanglah pada individu itu sendiri... jika yakin tiada apa yang harus dibimbangkan.. teruskanlah. Jika ragu-ragu... ia lebih bersifat was-was.. maka jauhi diri kita darinya.
Yang saya ingin sentuh di sini ialah sikap musuh Islam itu sendiri. Setiap saat dan ketika mereka cuba menyesatkan umat Islam hingga ke hujung zaman. Apa yang saya takutkan ialah... bagaimana musuh Islam itu berjaya menyakinkan kita untuk mempercayai apa yang berlaku sebagai kebetulan atau disokong oleh teori sains yang lebih logik untuk diterima di akal. Tidak mengambil contoh isu kasut crocs di sini. Contoh-contoh yang bakal dinyatakan diharap direnungi bersama.
(gambar:google)
Dalam sejarah Islam, hadis dan Al-Quran sendiri telah memberi peringatan kepada kita tentang tanda-tanda akhir zaman. Mengambil contoh hilangnya ayat Al-Quran... kemungkinan boleh dikatakan kebetulan dengan menyalahkan media pencetakan, ataupun.. munculnya asap dari perut bumi... dinafikan dengan aktiviti pengondolan bumi yang berleluasa dan tidak mustahil terbitnya matahari dari barat nanti dikatakan perubahan orbit yang berlaku pada alam semesta dan disokong dengan hujah-hujah sains yang lebih menyakinkan.
Bagi saya kita mesti kembali semula kepada yang asas... merenung dan mengkaji. Dengan kelemahan manusia yang lebih menerima logik akal... tidak mustahil setiap tanda-tanda yang diberi dilupakan dan akhirnya kita terus sesat dengan kenikmatan dunia. Sentiasalah berwaspada dan tidak menganggap isu yang kita pandang remeh itu sebagai satu perkara yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Kenapa kita perlu utamakan pandangan musuh Islam pada kolotnya pemikiran kita berbanding natijah yang lebih besar yang ditanggung oleh kita umat Islam itu sendiri?