TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, May 30, 2010

Betullah orang kata, dunia ni kecil jer - Bila kita mengecam antara satu sama lain nampak sangat gambar dengan diri sebenar tiada bezanya

Tak sangka! Macam bermimpi lak. Betullah orang kata... dunia ni kecil jer. Kami berkenalan di alam maya. Di Tagged hubungan terjalin. Masa tu saya masih naif dan sibuk nak cuba sana sini. Jangan risau... yang ini baik orangnya. Berinternet dengan niat yang betul. Tiada apa yang merapu dan hubungan maya terjalin ke dalam facebook pula. Mungkin kerana sebaya dan mempunyai minat yang sama. Dia rajin bermadah pujangga. 

 sori bro.. curi gambar kat facebook utk view kat sini...

Semalam saya terserempak dengannya. Macam pernah ku jumpa mamat ini... tapi di mana yer? Dia pun menjeling-jeling manja pada saya sambil mencuit-cuit isterinya. Saya sebut namanya dari jauh dan dia mengangguk. Ekeke... tak sangka kita berjumpa dan saling mengenali pula. Kita bertegur sapa antara satu sama lain sambil memperkenalkan keluarga masing-masing.

Kamu tetap serupa diluar walaupun sedikit hensem dalam gambar. Maklumlah... mungkin ia kesan edit mengedit kerana kamu kan jurufoto yang suka mengusung kameramu ke sana ke mari. Nasib baik kamu rakan yang baik dan tidak seperti mereka-mereka yang gila seks yang saya kenali. Kalau mereka yang saya temu... pasti saya mengeleng-gelangkan kepala sambil meluahkan rasa sedih pada isteri mereka. Kamu pula jujur dengan isterimu kerana dia tahu setiap rakan mayamu. Kekalkan sikapmu dan jangan jadi seperti mereka yang suka mengambil kesempatan atas nama suami.