Minggu yang mencemaskan. Janganlah membuat andaian awal melalui tajuk. Saya bukan mim alif lam sin. Bukan saja-saja nak hantar baju ke kedai dobi. Tiba-tiba mesih basuh yang ada ni rosak. Haru betul! Kain lak berlonggok-longgok tak basuh. Habis melimpah air satu dapur. Satu hal pula mengelap lantai dapur yang seperti tongkang pecah.
Jenuh juga fikir macamana nak basuh baju. Jangan bertanya kenapa saya tak basuh guna tangan? Kesihatan saya tak mengizinkan. Dengan baju sekolah anak yang berwarna warni di sana sini... manakan mungkin saya mengerah tenaga memberusnya. Belum masuk kain baju yang lain. Idea orang bijak pandai tetiba menjelma. Ya... hantar dobi!
selalu orang kata kain baju yang dicuci de kedai dobi ni puas hati... tapi lain pula pengalaman saya
(gambar: google)
Maka selamatlah baju saya berada di kedai dobi dan kembali semula ke rumah. Yang menjadi masalahnya.. hasilnya mendukacitakan. Memang beginikah cara kedai dobi mencuci? Dengan kain baju yang sedikit berbau hapak... mungkin kerana semalam hujan sehari suntuk. Takdekah alternatif lain? Baju sekolah Along pula takde perubahan apa-apa. Kekal berwarna warni begitu. Selalu kalau masuk dalam mesin basuh di rumah pun.. akan hilang sedikit kotoran. Adusss... teruk rupanya mesin basuh kat dobi niii.
Kalau macam ni punya service... saya pun nak bukak kedai dobi... bukan susah pun... saya cuci lagi bersih dari kedai dobi yang ini. Tadi suami baru berkesempatan membelek mesin basuh yang rosak tuuu. Rupa-rupanya getah laluan air keluar dan pecah. Suami pun jadilah Mc Gyver seketika... alhamdulillah... mesin basuh dah kembali pulih seperti biasa.