Pernah dengar nama buah pelam raja? Mungkin namanya wujud kerana asalnya dari istana atau ditanam oleh Raja. Tahukah kamu yang pelam raja ada berbagai saiz? Mungkin kamu pernah melihat yang bersaiz biasa... saiz S, M atau L mungkin. Jangan tak tahu... ada juga pelam raja yang bersaiz XL dan XXL. Pelam raja yang saiz XL dan XXL ini pula sangat susah ditemui.
Pelam raja saiz XL yang mungkin mengalahkan otot-otot di lengan Ben Ashaari
Ini bukan kisah Dang Anum yang dibelah perutnya kerana memakan nangka dari halaman istana akibat mengidam mengandung anaknya yang sulung. Sungguh tragis cerita tersebut. Samaada ianya sebuah kisah dongeng atau benar... amat menyayat hati. Ini kisah pelam raja yang diidamkan akhirnya ditemui dan bukannya di halaman istana tapi di sebuah pasaraya. Bila terpandang jer buah pelam raja yang bersaiz XL ni... hati saya melonjak gembira. Pelam raja inilah yang pernah saya idamkan masa saya mengandung Along dahulu tapi kempunan. Jangan percaya dan tak percaya... memang melelh air liur Along masa dia kecil dulu. Mengandung kali ini saya teringinkan buah ini lagi.
Buah pelam raja yang telah dikupas kulitnya... licin seperti kulit pipiku... hikhikhik
Beza buah pelam raja yang bersaiz besar dengan yang biasa ialah dari segi warna, tekstur dan rasa. Yang biasa.. warnanya kuning. Yang besar... warnanya sedikit oren. Yang ini masih kurang orennya kerana masih muda. Maklumlah... mana ada sabarnya orang ini. Tengok macam dah masak jer... terus nak rasa. Fuhhh... memang puas hati. Empat biji saya beli dan 2 biji saya habiskan sendiri. Alhamdulillah... tertunai juga hajat di perut.
gaya orang pro potong buah... oppsss lupa pula... nak rasa?