Kalau ayah menjeling... itu bukan namanya jelingan manja. Kalau anak-anak dulu.. bila ayah menjeling jer.. faham sangat dahhh. Tanda amaran lah tuuu. Adalah perkara yang tak betul dan janganlah sesekali meneruskan apa yang kita lakukan. Kalau tak... dapatlah hadiah yang bakal berbekas di badan. Begitu berkuasanya jelingan ayah yang lebih berkuasa daripada jeritan tarzan seorang ibu. Hayatilah kisah dan teladan ini. Mungkin ada yang pernah membacanya tapi apa kata kita menghiburkan hati di hari sabtu yang begitu menyamankan.
Ayah Abu suka memberi amaran pada Abu dengan menjeling garang jika Abu membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Abu mengambil gula-gula, dia akan menjeling... bermakna Abu disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, Abu mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Abu yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayah Abu yang sedang solat terus memberi jelingannya pada Abu. Abu pun faham maksudnya itu, lalu dimasukkan kembali kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Habis merah padam muka ayah Abu menahan malu. Balik ke rumah... berbekaslah juga badan Abu walaupun faham makna jelingan abah. Huhuhu...
Kenapa seorang anak lebih takutkan ayahnya daripada ibunya walaupun ibu yang lebih garang macam singa yer?
kalau kucing yang menjeling apa maknanyer yer? kena tanya Cik Tedi ni..