TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, June 27, 2010

Jomlah cepat kita kahwin... lambat nanti... - Sampai hati Along membelakangi ibu... huhuhu

Jumaat lepas, sekolah saya mengadakan Hari Terbuka. Saya mewakilkan suami untuk mengambil kad laporan Along. Hehehe... saja jer nak dera suami tuuu. Ibu sekolah sama tapi dera abah ambil kad laporan anak. Takpe kan abang... anak kita bukan banyak. Berkorban wang ringgit yang hilang kerana masa yang dicuri untuk diperuntukkan buat anak tercinta lebih tinggi nilainya. Tentu Along bangga dan gembira kerana abahnya mengambil berat akan diri dan pelajarannya.

Saya tidak sempat bertemu suami. Lepas ambil kad laporan, suami terus ke tempat kerja. Hari ini baru berjumpa untuk memadu asmara beramah mesra. Suami buka cerita... Along minta izin daripada cikgu kelasnya untuk berkahwin dengan seorang awek yang disukainya. Dikejarnya budak perempuan tu satu kelas... merayu-rayu... supaya lamarannya diterima. Aduhhhaiii anakku... kahwin itu tidak semudah dan seindah yang kamu bayangkan seperti melihat hiasan pelamin dan bilik tidur yang mempersonakan.

Along masih belum matang. Tengah belajar mendidik Along tentang perbezaan lelaki dan perempuan. Mungkin dia tiada kakak atau adik perempuan menjadikannya begitu obses dengan budak perempuan. Kalau jumpa yang disukai... sampai nak diciumnya budak tuuu. Luak budak perempuan tu nanti anak oiii. Perlahan-lahan mendidik Along mengetahui yang perbuatannya itu tidak manis dan tidak elok. Nasib baik budak perempuan pula cepat matang. Mereka sudah tahu malu.

Keputusan pelajaran Along amatlah memberangsangkan. Along jangan fikir pasal kawen dulu yer. Along belajar pandai-pandai.. kerja bagus-bagus... nanti duit dah berkepuk-kepuk... orang perempuan pula yang terkejar-kejarkan Along. Risau pula ibu nanti tak cukup tanah Along nak lari. Almaklumlah... badan Along kan gebu.

Along kata nak capai cita-cita ibu yang terbantut dulu... kalau kawen dulu.. kempunan lagi ibu...