Aduhhh.. kenapalah dengan badan ni? Dari tengahari tadi badan saya rasa lemah sangat. Balik sekolah lepas ambil darah untuk BSP saya mula berulang ke tandas. Perut meragam. Pastu muntah tak berhenti-henti sampai takde isi dah. Badan mulalah lembik. Mencari kekuatan untuk menaip entri ni untuk meluah rasa di jiwa.
(gambar google)
Saya salah makan apa yer? Pagi tadi saya makan kuih 5 ketul. Kuih karipap sardin, kuai karipap, kuih roti sardin, kuih seri muka dan kuih kasuwi. Pukul 10 pagi saya makan pulut sebab ada cikgu sedekah di sekolah sempena harijadinya. Bisa pulut ke yang buat badan sengal dan lemah-lemah ni? Tapi kenapa perut meragam dan muntah-muntah yer?
Cadangnya nak ke klinik malam nanti. Lagipun ujian BSP untuk malam hari perlu dilakukan juga. Teringat kawan yang dehidrasi akibat keracunan makanan. Ibu mengandung juga. Sampai kena masuk hospital 2 hari. Janganlah ada apa-apa hendaknya. Kalau kena masuk hospital susah juga kerana suami takde di sini. Doakan saya tak apa-apa yer..