Terima kasih atas ingatan Cik Pnut buat Cikgu Isza. Ingatkan mudah ler nak jawab tag ni. Tuliskan 23 mengenai anda secara rawak. Bila difikir punya fikir.. jenuh juga. Rawak tak rawak pun.. bukan boleh hentam jer. Mesti tapis juga... Ehhh.. kenapa 23 yer? Mesti ada jangkitan dengan majalah lawak yang terkenal tu. Ini hasilnya...
perkara mengenai saya
1. Mengajar Sains lebih lama dari mengajar Matematik
2. Pernah masuk pertandingan nyanyian walau sedar suara tak sesedap mana.
3. Dua kali keguguran sebelum dapat anak sulung.
4. Mula gila dengan warna purple - jangkit dari Cik Pnut lah ni
5. Mengambil Pengajian Jarak Jauh di USM dan asyik kantoi subjek minor iaitu M******** - hehehe
6. Dah mengajar di 6 buah sekolah
7. Menjadi Ketua Panatia Seni di 3 buah sekolah terdahulu tapi belajar Seni setakat Tingkatan 3 sahaja.
8. Dua kali menjalani pembedahan di perut - habis perutku.. huhuhu
9. Kalau dapat tidur tak ingat dunia
10. Boleh habiskan sebiji tembikai sorang
11. Bakal menyambut hari lahir yang ke 3* dua hari lagi - cepat2... hantar hadiah kat sini
12. Bercita-cita memiliki kereta Honda suatu hari nanti
13. Pernah digelar peragawati Sarimah
14. Takde orang yang berani ngorat masa kat Maktab Perguruan dulu
15. Bergelar kakak ipar kepada adik ipar nyang umurnya lebih tua dari diri sendiri
16. Boleh bertindak seperti orang yang hilang akal jika berhadapan dengan orang yang kurang ajar
17. Wajah seiras dengan kakak kepada abah sehingga orang menyangka saya anaknya
18. Cita-cita nak jadi doktor.. sebab tak kesampaian tu yang minta jadi cikgu Sains - dapat didik orang jadi doktor pun ok juga
19. Memasak bukan hobi
20. Sukakan sesuatu sampai jemu
21. Rajin derma darah - pantang dengar kalau ada kempen derma darah
22. Anak kedua sedikit pun tak ikut muka saya
23. Tak kenal maka tak cinta
Cukup 23 akhirnya dan seperti kata Cik Pnut... tak ikut syarat kalau tak tag orang lain pula. Saya ingin tahu 23 perkara tentang diri mereka...
jawab.. jangan tak jawab...