Dalam mood sedih hari ni. Tak tahu lah mengapa sedih tiba-tiba. Mungkin kata-kata yang saya terima pagi tadi buat jiwa saya makan dalam. Entahlah.. susah sungguh nak orang lain faham masalah yang kita tanggung. Kadang-kadang.. mereka ni bukan tak faham tapi tak mahu faham. Masalah yang wujud bukanlah kehendak saya. Saya pun seboleh-bolehnya ingin mengelakkan dan menyusahkan orang lain. Susahkah nak terima ini masa saya dan masa mereka akan sampai suatu hari nanti. Janganlah rasa saat mereka dah berlalu maka ia takkan berulang dalam kehidupan yang lain. Maksudnya.. mungkin akan dialami oleh anak atau cucu mereka nanti.
Masa mengandung dua anak yang lepas ni pun saya mengalami masalah yang sama. Bila kita ulang alik ke hospital orang kata kita ambil kesempatan. Ingat suka ke nak ke hospital tu? Mereka kata takkan ke hospital ambil masa sehari suntuk? Saya pelawa mereka turut sama jika ingin melihat keadaan yang sebenar. Tak mahu pula terima pelawaan. Lepas tu siap bising kenapa tak pergi petang? Saya jumpa doktor pakar. Temu janji pagi.. jadi saya datanglah pagi. Kena pula ambil darah 4 kali. Waktu dah ditetapkan. Bukannya main suka-suka nak ambil darah pukul berapa. Doktor pun ada undang-undangnya.
Pernah saya diberi tugas sebagai pengurus peserta sukan semasa mengandung anak kedua dulu. Kat sini pun boleh tahu busuk tak busuk hati orang tu. Dah perut tengah memboyot.. manakan lagi nak kejar murid sana sini... tapi Allah tu menyayangi hambanya. Kebetulan pula saya terima surat tawaran kursus komputer pada hari yang sama. Pergilah saya meninggalkan tugas sambil mereka terkial-kial mencari penganti saya.
Ada lagi cerita lain. Masa tu saya sampai tak mampu berjalan dengan betul lagi. Nak berjalan ke kelas pun kena berpaut pada jaring-jaring yang ada pada tepi kelas. Dalam keadaan sedemikian saya menggambil keputusan menyuruh murid menghantar kertas soalan yang telah disiapkan kepada setiausaha peperiksaan. Tindakan saya itu mengundang kesalahan. Tak boleh suruh murid... hantar sendiri. Masalah... tak nampak ke keadaan saya? Saya diarahkan untuk buat kertas soalan yang lain. Saya membangkang. Lepas tu saya diberi jaminan kalau saya buat kertas soalan semula saya tidak akan disuruh beri surat tunjuk sebab. Tapi janji tinggal janji dan saya diarahkan beri surat tunjuk sebab masa saya dalam pantang sedangkan saya dah buat semula kertas soalan yang lain. Meroyan saya sekejap.
Sekarang ni nampaknya masalah mula melanda. Memang perlu kuatkan diri walaupun tak kuat juga. Apa lagi.. orang yang kita harap memberi sokongan pun macam buat tak tahu jer. Ini bukan masalah pihak-pihak tertentu melebihkan saya. Ini masalah kesihatan saya dan saya minta diberi tempoh sekian-sekian. Bila dah pulih nanti saya akan menjalankan tanggungkawab saya seperti biasa. Pernahkah selama ini saya mengambil kesempatan? Kadang kala bila kita jujur orang sukar menerima tetapi bila kita tipu dipercaya bulat-bulat pula. Kuatkan iman Isza.. anugerah yang Allah bakal berikan memang tak ternilai.