TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 12, 2010

Kandungan gula tinggi dalam darah - Tiada lagi senyuman manis

Letih tau... mana tak letih... minggu ni saja dah berapa kali berulang ke klinik. Ingat orang suka atau suka-suka ke nak ke klinik. Tambahan pula klinik kerajaan. Orang yang berduyun jangan cakap le. Datang awal pun belum tentu dapat giliran awal. Kita sangka kita awal... rupa-rupanya ada yang lagi awal.

Saya dah buat kad merah. Terpaksa buat awal sebab ada kes. Membebel nurse tu bagi nasihat. Kalau mengandung dalam umur 30an.. bersedialah dengan macam-macam risiko. Yang tak mengalami apa-apa... itu bonus baginya. Hari Isnin buat kad dan jumpa doktor. Hari ni... ambil darah untuk check kandungan gula empat kali. Esok... jumpa doktor balik. Ini baru permulaan...

Melihat kandungan gula dalam darah setakat ini boleh tahan tingginya. Pagi tadi... setelah berpuasa pada sebelah malamnya.. 7.2mmol. Tengahari... selepas sarapan pagi.. 9.7mmol dan petang tadi turun sedikit 8.9mmol. Kalau ikut keputusan.. adalah yang kena cucuk insulin awal-awal ni... huhuhu.

Saya harap pemeriksaan tak berlanjutan ke hospital. Kalau dulu... bila ada kes.. kena transfer ke bahagian pakar. Nak pergi hospital lagi seksa. Nak cari tempat parking satu hal. Orang? Lagi le berduyun-duyun. Seminggu.. dua kali pergi sudah tentu. Nampaknya kena kawal pemakanan lepas ni. Air pula... kena tukar menu le. Kalau tengok menu ibu mengandung yang kena kencing manis... rasa nak nangis. Nak buat macamana... demi kesihatan dan keselamatan anak dalam kandungan. Redha..