TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 12, 2010

Anak sakit... bawalah ke klinik - Sekolah bukan klinik

Kes murid-murid tak sihat dan merengek pagi-pagi kat pejabat adalah perkara biasa. Kalau tak kat pejabat... guru kelas lah. Bila tengok muka murid tu pun.. memang nampak pucatnya. Maksudnya... dia benar-benar tak sihatlah. Ada juga yang mempunyai suhu badan yang tinggi. Demamlah tu..

Pihak sekolah memang tak dibenarkan untuk memberi sebarang bentuk ubat yang dimakan kepada murid. Apa yang boleh pihak sekolah lakukan hanyalah rawatan luaran. Bila ditanya... tak bagitau mak ayah ke? jawapannya... dah... mak kata sikit jer..

Kalau kes yang dirasakan melarat.. pihak sekolah akan menelefon ibubapa untuk menjemput anaknya pulang. Ada juga yang hanya berehat disekolah apabila ibubapa gagal dihubungi. Susah sebenarnya nak faham hati ibubapa ni.. kadangkala pihak sekolah yang risau lebih dari mereka.

adakah ini alasan sebenar untuk ibubapa bertindak demikian..
(sumber gambar: Cikgu Zailani)