TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, June 1, 2010

Didera Doktor

Ngamuk doktor tu kalau baca blog niii. Doktor nak jaga kesihatan kita dikatanya mendera pula. Maaflah doktor... tapi saya memang betul-betul letih. Hari Isnin... ambik darah, hari Selasa jumpa doktor. Macam tu tiap-tiap minggu. Apa kata doktor bagi jer saya cuti dua tiga bulan. Hehehe...

Nak pergi jumpa doktor niii. Kandungan gula dalam darah masih diperingkat yang kurang memuaskan. Insulin masih disuntik ke dalam badan. Hari ni nak buat scan sama untuk nak dapatkan umur sebenar kandungan. Harap2nyer doktor tak sibuk. Minggu lepas tukar doktor lain sebab doktor yang asal ada meeting. Nak nunggu kat klinik pun satu hal. Silap-silap... boleh balik basuh kain dulu.

Ni balik sebab nak hantar Along sekolah agama ni. Dia ada periksa. Lambat sikitlah pergi klinik. Kalau tak... balik sekolah tadi terus jer pergi. Mata ni ngantuk tak tertahan-tahan. Hai mata... bertahanlah engkau. Nak memandu niii...