TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 2, 2010

Terharu di hari lahir - Terima kasih anak didikku

Perkara ni terjadi minggu lepas. Baru berkesempatan nak update kerana menunggu gambar yang diuploadkan oleh rakan setugas. Orang xde kamera... asyik numpang orang jer. Nak tunggu duit nuffnang penuh baru dapat sambar satu agaknya. Maklumlah.. alang-alang nak beli... nak le cari yang canggih manggih. Impian punyalah besar tapi nak keluarkan duit sikit punyalah berkira. Agaga~

Terima kasih buat anak didikku yang tersayang. Cikgu cukup terharu dengan keprihatinan kamu semua. Minggu lepas... anak murid saya yang berada dalam kelas projek 4Zamrud mengadakan sambutan hari lahir untuk saya bersama mereka-mereka yang turut lahir pada bulan Mei. Yang lebih mengharukan... mereka memilih tarikh lahir saya untuk mengadakan sambutan tersebut. Macamana mereka tahu tarikh lahir cikgu? Mereka dapat tahu apabila Kelab Guru dan Staff mengumumkan guru-guru yang lahir pada bulan Mei. Hanya ada 3 orang guru yang lahir pada bulan Mei iatu saya, guru besar dan lagi seorang guru perempuan.

Inilah gambar-gambar sambutan hari lahir yang diadakan di kelas 4 Zamrud dengan bantuan guru kelasnya yang vogue iaitu Kak Ani. Walaupun simple tapi cukup bermakna. Cikgu harap kamu terus cemerlang dan kekal dengan sikap yang menyenangkan. Jangan jadi anak murid yang lupa diri.

nyorok sikit kat belakang bebudak ni... nak sorok badan yang montel tu... hehehe..

jangan banyak komplen yer... makan jer bila cikgu dah suap... hehehe

Ishhh... malu-malu siput lak budak ni...

Nak makan pun takut-takut... cikgu suruh makan kek, takdenyer cikgu nak makan kamu tu...


Saya mula mengajar mereka masa tahun 2 dahulu. Setakat ni... mereka tetap cemerlang dan anak-anak yang mendengar kata. Mereka juga diantara kelas projek yang cukup aktif dengan aktiviti sekolah berbanding kelas projek yang lain yang kebanyakkannya berlagak pandai sahaja. Kutuk cikgu.. kutuk... huhuhu