TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, May 31, 2010

Ehhh... boleh percaya ke darab mudah macam ni? - Bahagi dua kat sini... darab dua kat sana...

Kali ni saya nak kongsi lagi satu cara untuk mendarabkan nombor dengan mudah. Proses pendaraban melibatkan antara 2 digit nombor. Boleh percaya ke teknik ni? Setakat mana yer boleh diaplikasikan dalam peperiksaan atau kehidupan seharian? Jom kita pelajari langkah-langkahnya...

Contoh:
48 x 67 = ?

Nak mendarabkan dua digit nombor agak susah bagi sesetengah individu. Apalagi jika jalan pengiraan melibatkan bentuk lazim yang panjang. Jom kita cuba teknik ini...

Langkah 1:
- Kita perlu tahu yang nombor 48 boleh dibahagi dengan 2 dan menghasilkan jawapan 24.

- Apabila kita membahagikan nombor sebelah kiri dengan dua, maka nombor di sebelah kanan perlu didarab dengan 2, maka 67 x 2 = 134

Langkah 2:
Jawapan yang terhasil ialah 24 x 134 = ?

- Hasilan ini masih melibatkan pendaraban yang panjang maka bahagikan lagi 24 dengan 2 menghasilkan jawapan 12 dan 134 pula perlu didarabkan dengan 2 menghasilkan jawapan 268

Langkah 3:
Jawapan yang terhasil ialah 12 x 268 = ?

- Hasilan masih lagi melibatkan proses pendaraban yang panjang. Teruskan membahagi 12 dengan 2 menghasilkan jawapan 6 dan darabkan 268 dengan 2 menghasilkan jawapan 536

Langkah 4:
Jawapan yang terhasil ialah 6 x 536 = ?

- Pada langkah ini, proses pendaraban bolehlah dilakukan kerana pendaraban hanya melibatkan 3 digit nombor dengan 1 digit nombor maka hasil jawapannya ialah 3216

Maka 48 x 67 = 3216

# Kamu boleh membuat pilihan membahagi nombor 6 dengan 2 dan mendarabkan 538 dengan 2 jika langkah 4 masih memberi masalah dalam menghasilkan jawapan.

Secara ringkasnya... langkah-langkah yang ditunjukkan bolehlah diringkaskan dalam carta di bawah...


Cara ini diutarakan untuk individu yang merasakan mendarab dan menbahagikan nombor dengan 2 adalah proses yang paling mudah dilakukan. Cara ini juga boleh digunakan untuk proses pendaraban yang salah satu nombornya boleh dibahagikan dengan 3. Apa yang penting ialah salah satu nombor didarabkan dan salah satu lagi dibahagikan.

SELAMAT MAJU JAYA