TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 21, 2010

Tahan Telinga

Sejak dua menjak ni terpaksa menahan telinga mendengar leteran doktor setiap kali ada temujanji. Sabar jelah... ada telinga... dengar. Semuanya bermula ramadan lalu bila saya KURANG mengendahkan nasihat doktor untuk tidak berpuasa. Hasilnya... doktor menulis catatan yang saya ni pesakit yang tidak mahu mendengar nasihat. Bila catatan dibaca oleh doktor lain setiap kali temujanji. Asyik kena leterlah jawabnya. Apalagi kandungan gula dalam darah saya dikatakan tidak terkawal. Saya pun tidak faham apa yang dimaksudkan tak terkawal kerana keputusan gula dalam darah saya yang terbaru kurang daripada 6mmol malahan petang semalam turun hingga 3.7mmol kerana saya control makan sebab taknak dengar doktor membebel tapi kena bebel juga.

Kandungan pula memang dijangka besar dari yang sepatutnya. Saya dikatakan tak kawal makan. Sabar jelah doktor. Doktor buat spekulasi. Saya pula malas nak pertahankan diri. Saya ni punyalah paksa diri nak makan. Berat badan pun lambat naik. Perkara melibatkan hormon. Semuanya diluar kawalan saya. Nak buat macamana? Mengadulah dalam blog ni. Menjawab kang... tak pasal2 kena cop lagi. Lagipun saya faham... membebel doktor membebel untuk kesihatan kita... bukan suka-suka. 

Doktor asyik mengingatkan risiko yang harus saya tanggung ketika bersalin nanti dimana saya akan dimasukkan ubat dan bersalin awal dari tarikh yang sepatutnya. Risiko yang ditanggung... mungkin pendarahan dalam perut berlaku kerana saya pernah melakukan pembedahan sewaktu melahirkan anak yang kedua dulu. Perkara ini bakal membahayakan nyawa ibu dan juga kandungan. Doktor kata... risikonya untuk berlakunya kemungkinan ialah 3%. Saya tak dapat tangkap setakat mana bahayanya kerana ramai yang diluar sana pernah menjalani pembedahan dan selepas itu bersalin biasa. Tak pernah saya dengar perkara sebegini. Ada siapa yang ada pengalaman atau pernah mendengar pengalaman orang lain? Nak kena google juga ni...

pembedahan kali kedua lebih membahayakan berbanding bersalin biasa..
gambar: drzubaidi.com/blog