TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, September 22, 2010

SEMEKAR KASIH - Kenapa berdendam???

Masalah
Masalah yang saya tanggung mungkin dirasakan remeh bagi sesetengah orang tapi selalu membuat saya makan dalam. Saya rasa diri saya bukan diri saya yang dahulu. Dahulu... saya adalah insan yang mudah memaafkan orang lain sehinggakan kawan baik sendiri berkahwin dengan kekasih hati saya pun saya boleh terima dengan redha. Saya juga selalu dikecewakan dalam percintaan gara-gara sikap saya yang mudah memaafkan. Begitu juga dalam hubungan yang lain. Saya selalu dipijak dan disakiti kerana ramai yang tahu saya akan memaafkan mereka tanpa sekelumit dendam.

Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasakan saya sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun hanya melibatkan kesalahan yang kecil. Saya menjadi seorang pendendam! Kadangkala... saya rasa puas jika dapat membalas apa yang mereka lakukan malahan pembalasan yang diberi kadangkala lebih kejam. Namun... kepuasan yang diperolehi hanya seketika. Saya tahu saya tidak patut bertindak sedemikian tapi saya rasa  berbaloi. Mengapa perkara ini berlaku pada saya? Saya tidak mau menjadi seorang pendendam. Apa yang perlu saya lakukan?

 sekadar gambar hiasan: www.ayieblog.com/

soksek: SEMEKAR KASIH mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin meluahkan rasa/ masalah dalam blog ini. Semoga masalah yang dipaparkan dapat meringankan beban yang ditanggung dan menemui jalan penyelesaian serta dapat dijadikan panduan kita bersama. Segala masalah bolehlah di emailkan ke chekguisza@gmail.com ataupun ditulis dalam ruangan formspring yang disediakan. Segala butir-butir peribadi akan dirahsiakan.