TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, October 30, 2010

Bila lelaki mencari semula cinta pertamanya - Untuk apa?

Adakah kerana cinta pertama itu sukar dilupakan?

Atau rindu yang sekian lama terpendam semakin tidak tertahan?

Jalan keluar untuk menangani masalah rumahtangganya?

ReUnion exMPSAH 9497

Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 lama di
MPSAH tahun 1994 hingga 1997
marilah hadir beramai-ramai
ke acara yg dianjurkan ini.

Barah

Patutlah lama saya tidak ketemu dengan jiran yang seorang ni. Membeli rumah di kawasan yang berhampiran tapi hanya di sewakan. Kalau dulu.. lebih kurang 2 minggu dia datang menjenguk. Dalam sebulan tu adalah sekali. Lepas dapat cucu... lama saya tak nampak dia. Fikir saya.. mungkin dia sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Pentadbir.

Friday, October 29, 2010

Kenal-kenal dulu...

Perlukan kita berkenalan terlebih dahulu dengan seseorang sebelum memilihnya menjadi pasangan hidup kita? Cuba mengenali hatinya supaya wujudnya keserasian antara satu sama lain?

Thursday, October 28, 2010

Nilai UBAN yang tinggi - Kemain demand lagi bebudak sekarang...

Bila bercerita tentang uban... teringat kenangan masa kecil-kecil dahulu bila abah bagi upah 5 sen untuk sehelai uban yang dicabut. 5 sen pun.. 5 senlah.. janji duit. Yang geram tu... bukan senang nak cabut uban ni. Licin semacam jer. Kena pula rambut orang laki. Pendek-pendek. Berpeluh ler ketiak nak ngumpul  5 sen supaya dapat jadi seringgit.

Kepincangan di sekolah dibongkar - Persoalannya... benarkah begitu???

Bila bercerita tentang masalah disiplin di sekolah.. bukanlah niat di hati untuk mencanang keburukan pihak yang lain. Apalagi melibatkan pendidikan awal di rumah yang sepatutnya lebih ditekankan. Sebagai guru... kami juga secara automatik dipersalahkan bila keadaan ini berlaku.

Hanginnn!

Dah kali kedua dah nih. Dulu sekali... ni jadi lagi. Dah bagitau.. kalau nak main.. cakap jer. Takda masalah kalau nak bagi pinjam. Yang jadi masalahnya... kata pinjam pastu buat macam harta sendiri. Macamana tak kata buat macam harta sendiri kalau siap cat sana-sini... tukar apa-apa yang patut... dah jadi lain lak benda tuuu.

Kami mampu beri duit belanja yang lebih pada anak-anak kami - Apa hak cikgu untuk melarang?

Bila manusia asyik berfikir tentang hak. Memang susah jadinya. Lebih susah jika hak sendiri yang diutamakan sehingga mengabai hak orang lain. Memang cikgu-cikgu ada hak melarang murid-murid membawa duit belanja dari yang sepatutnya. Terkandung dalam buku peraturan sekolah. Hak yang termaktub... kenapa tak diselidik?