TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 5, 2010

4 kain sutera dibeli oleh si ibu tanpa pedulikan anaknya yang tiada sepasang pun baju baru - Apa kisah?

Begitulah kisahnya. Realiti yang wujud dalam kehidupan masyarakat masa kini. Kalau dulu.. selalunya kita mendengar kisah si ibu yang sanggup berpakaian lusuh asalkan anaknya bergembira dengan baju baru tapi kini?

Thursday, November 4, 2010

Kekasihku di menara gading - Kenapa tercabar sungguh rasanya?

Baik orang lelaki.. mahupun orang perempuan. Bila kekasihnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading... selalunya hubungan yang terjalin akan mula goyah apalagi jika diri tidak berjaya mencapai apa yang dikecapi oleh pasangannya.

Pewangi tin dalam kereta boleh meletup - Berhati-hati

Jangan sesekali menempatkan atau meninggalkan pewangi tin atau lighter dalam kereta apalagi bila didedahkah di tempat yang panas.

Bila anak murid update status di facebook - Dah sunat ke belum?

Budak-budak sekarang... kalau sebut pasal cintan-cintun... tak kira umur. Hingus masih meleleh pun dah pandai couple sana-sini. Pastu... siap berani keluar keyataan tentang perhubungan yang dijalinkan.

Terlebih kandungan gula dalam darah ketika mengandung boleh menyebabkan uri bakal hancur?

Agak terkejut juga bila saya mendapat info ni. Dah puas saya google... malangnya tak semua jawapan google sediakan. Saya dimaklumkan oleh bidan yang mengurut saya tempohari. Kawal gula dalam darah dengan baik kerana gula yang berlebihan boleh menyebabkan uri anak menjadi hancur.

Wednesday, November 3, 2010

Badrul Muhayat yang hilang 'mu'

Terkujat sekejap bila ada seseorang hendak berkawan di facebook. Udah ler hari tu Sixth Sense. Ni badrul Muhayat pulak. Bila tenyeh mata... rupanya... 'mu' yang hilang...

Suamiku terperangkap

Bukan terperangkap oleh sesuatu kesalahan yang dilakukan tapi terperangkap dalam banjir yang melanda teruk di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Sekarang... suami berada di Perlis kerana menjalankan kewajipan sebagai ketua keluarga. Nak lalu sini tak boleh... nak lalu sana pun tak boleh kata suami. Apa-apapun saya berdoa semoga suami berada dalam keadaan selamat.

Upacara Lenggang Perut - Tiada kaitan dengan tarian poco-poco

Bila sebut lenggang mesti terbayang gerakan melenggang ala lenggang-lenggang kangkung ataupun mereka yang sedang melenggangkan tarian poco-poco. Lenggang perut satu amalan yang pernah dilakukan suatu masa dulu oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Amalan ini pula semakin lama semakin terhakis kerana dari  hukum Islam... ianya jatuh KHURAFAT.