TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 10, 2010

Larang dengan larangan vs Larang dengan suruhan

Peraturan kat sekolah saya mengajar ni melarang murid-murid melalui tangga A. Tangga A adalah tangga yang digunakan untu ke pejabat. Ada 4 tangga di sekolah ni... A, B, C dan D. Logiknya... tentulah taknak murid-murid menganggu sekiranya ada pelawat datang ke sekolah. Bayangkan jika peraturan ini tidak dijalankan. Mesti menjadi hal jika murid dan pelawat menggunakan tangga yang sama. Murid ni pun... macam-macam jenis perangai. Yang jenis tak tahu nak hormat orang tu bukan kira. Kalau cikgu sendiri sanggup dirempuh... apalagi orang luar.

 sumber gambar: mynorhisham.blogspot.com/

Adat manusia ni kan... yang mana dilarang... peraturan itulah yang hendak dilanggarnya. 'Dilarang membuang sampah di sini' contohnya... kat situlah orang pakat kumpul sampah bebanyak. Kalau guna perkataan bodoh kang... tahu pula nak marah dan kata orang takde kesedaran sivik. Yang diri sendiri punya kesedaran sivik tak diambil kisah. Berbalik pada kisah di sekolah tadi... dah berbuih-buih mulut saya menegur (nasib baik tak kena sawan). Kekadang tu... murid yang sama. Tiap-tiap hari muka dia. Kalau kena angin kejam... saya suruh naik semula ke kelas masing-masing dan sila guna tangga yang dikhaskan. Itupun... hilang jer kelibat cikgu... boleh dia patah balik nak guna tangga tuu.

Kes hari ini... saya menegur sekumpulan murid yang menggunakan tangga A ni. 

Murid: Alah cikgu... nak dekat turun dah..

Saya: Dekat tak dekat... peraturan ikut... naik atas dan guna tangga yang ditetapkan. Kalau tak, cikgu tulis nama dalam buku peraturan. Hari-hari muka kamu juga yang nak langgar peraturan.

Saya menyorok untuk melihat kepatuhan murid ini dan seperti yang dijangka... tak makan saman punya.

Saya: Okey... nak lalu... lalulah... kalau ingat cikgu tak tahu atau cikgu tak catat dalam buku peraturan... kat akhirat esok... sila jawab yer... cikgu tak tolong...

Tahu pula faham bahasa. Bila dilarang dia buat... sekarang kita suruh... tapi dengan bermakna. Macam melanggar peraturan lainlah kan. Sebagai seseorang yang beragama Islam... jangan lupa... HUKUMAN DI SANA BAKAL MENANTI. Setiap amal walaupun sekecil kuman... pasti tercatat. Di dunia... bolehlah nak ngelat-ngelat kononnya.

soksek: Senakal-nakal murid Islam... masih terdidik kerana agamanya...