TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 10, 2010

Lagi kes buang bayi... nak tanam agaknya tapi tak jadi - Makin hari kes menjadi-jadi... apa nak jadi?

Kes buang bayi yang terbaru ni menarik perhatian saya sekali lagi apalagi tempat pembuangan bayi tersebut berhampiran dengan kediaman saya. Buang bayi di tempat pembuangan sampah! Mengikut cerita... berkemungkinan bayi tersebut ingin dikebumikan tetapi bisikan syaitan menjadikan mereka yang terlibat memilih tempat pembuangan sampah sebagai tempat perkebumian. Bayi juga dipercayai mangsa dera kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

sumber gambar: SINI
BERCHAM – Seorang mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan mayatnya ‘dikafankan’ dalam longgokan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Jalan Bercham–Tanjung Rambutan di sini, semalam.

Mayat bayi lelaki malang itu ditemui berbalut dengan kain lampin putih, kemudian dibalut pula dengan tudung dan kain batik, dibungkus dengan plastik serta dibuang ke dalam tong sampah sebelum dibawa ke tapak berkenaan.


Mayat bayi itu ditemui oleh pemungut barangan lusuh di sini kira-kira pada jam 1.50 petang. 

dapatkan berita selanjutnya di SINI

Sebanyak 3 kes buang bayi yang dilaporkan bertarikh 9hb Ogos 2010. Bila macam-macam yang kerajaan cuba lakukan bagi menangani masalah ini... kes semakin menjadi-jadi pula. Adakah tindakan kerajaan yang tiada keberkesanan, sikap masyarakat yang masih di takuk lama atau kurangnya iman di dada? Nampaknya... pesalah lebih takut pada cemuhan di dunia berbanding hukuman di akhirat. Mungkin juga ini musibah yang harus kita semua tanggung bila kita tidak mahu kembali kepada asalnya hukum. 

Wallahualam~