Kes buang bayi yang terbaru ni menarik perhatian saya sekali lagi apalagi tempat pembuangan bayi tersebut berhampiran dengan kediaman saya. Buang bayi di tempat pembuangan sampah! Mengikut cerita... berkemungkinan bayi tersebut ingin dikebumikan tetapi bisikan syaitan menjadikan mereka yang terlibat memilih tempat pembuangan sampah sebagai tempat perkebumian. Bayi juga dipercayai mangsa dera kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya.
