Peraturan kat sekolah saya mengajar ni melarang murid-murid melalui tangga A. Tangga A adalah tangga yang digunakan untu ke pejabat. Ada 4 tangga di sekolah ni... A, B, C dan D. Logiknya... tentulah taknak murid-murid menganggu sekiranya ada pelawat datang ke sekolah. Bayangkan jika peraturan ini tidak dijalankan. Mesti menjadi hal jika murid dan pelawat menggunakan tangga yang sama. Murid ni pun... macam-macam jenis perangai. Yang jenis tak tahu nak hormat orang tu bukan kira. Kalau cikgu sendiri sanggup dirempuh... apalagi orang luar.
