Lambakan guru wanita dalam bidang pendidikan dikatakan sebagai punca masalah disiplin sekolah. Sejauh manakah benarnya dakwaan ini? Guru wanita dikatakan lebih bersifat keibuan, hanya suka membebel, tidak tegas dan dipenuhi masalah peribadi menyebabkan pelajar kurang rasa takut pada guru wanita berbanding guru lelaki. Adakah dengan perasaan takut yang wujud dalam diri boleh mengurangkan masalah disiplin yang wujud di kalangan pelajar. Adakah guru wanita tidak memberi sebarang pengaruh dalam bidang pendidikan?
(gambar google)
GOLONGAN pendidik sejati boleh diibaratkan lilin yang sentiasa menerangi kehidupan pelajar-pelajar. Pendidik yang amanah tidak membawa masuk pengertian jemu atau putus asa dalam kamus hidup mereka. Keikhlasan mereka mendidik tidak terbatas di bilik darjah bahkan masa dan keringat sentiasa dikerah tanpa mengharapkan balasan.Itu semua dikorbankan semata-mata berpegang kepada satu matlamat iaitu ingin melihat setiap insan yang diajar berjaya pada satu hari nanti.Bagi yang mengenang zaman persekolahan, pasti ramai individu yang dipanggil guru atau cikgu ini masih diingati sehingga ke hari ini kerana faktor-faktor tertentu.Tidak kira golongan pendidik itu lelaki mahupun wanita, pasti ada yang menjadi kegemaran pelajar-pelajar disebabkan karisma dan sifat mereka.Bagi kebanyakan pelajar lelaki, golongan pendidik wanita meninggalkan kesan mendalam terhadap diri mereka sekali gus sebagai sumber inspirasi dalam mengharungi cabaran alam pembelajaran dan juga selepas meninggalkan sekolah.Ia mungkin disebabkan sifat keibuan, kesabaran, tolak ansur, lemah lembut malah ada yang tidak dapat melupakan paras rupa menarik serta senyuman menawan yang dimiliki golongan pendidik wanita ini.berita selanjut di SINI
Jangan memandang guru wanita sebelah mata. Pengaruh guru wanita juga amat kuat. Sememangnya sifat bertentang menjadikan pelajar lelaki lebih mengagumi guru wanita dan begitu juga sebaliknya. Seperti anak lelaki yang lenih kepada ibu dan anak perempuan yang lebih kepada bapa. Anda pula bagaimana? Guru manakah yang lebih meninggalkan kesan dihati anda?