TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, June 19, 2010

'e taling' vs 'e pepet'

Sila baca tajuk dengan sebutan yang betul. Saya bukan guru Bahasa Melayu. Hanya pernah belajar sebutan huruf E dengan betul sewaktu matapelajaran Bahasa Melayu Dinamika dahulu. Kalau kamu ingin merujuk kepada pakar... sila bertanya kepada Paklong Sifu. Ini memang pakar punya...

Perbezaan sebutan antara 'e taling' dengan  'e pepet'. Okey... kita ambil contoh yang mudah dengan penggunaan perkataan sepak. Sepak yang merujuk kepada aktiviti tendangan yang kian berleluasa akibat Piala Dunia yang merebutkan bola sebiji merujuk erti kepada sebutan ini yang membawa kepada 'e taling'. Manakala sepak dalam sebutan yang merujuk kepada aktiviti yang kian berleluasa pada diri suami ke atas isteri-isteri mereka pula membawa kepada penggunaan 'e pepet'.

 ini yang dinamakan serupa tapi tak sama...
(sumber gambar; google)

Kenapa saya timbulkan isu ini? Ini semua adalah disebab kesedapan pengacara-pengacara tak kira samaada radio atau televisyen yang menyebut ayat yang melibatkan penggunaan E ini sesukahati mereka. Kadangkala lucu pula bila mendengar makna sebenar yang ingin disampaikan sudah bertukar akibat ketidakprihatinan pengacara-pengacara ini. Mungkin mereka perlu dihantar menghadiri kursus khas penyebutan ayat dengan betul.

Tak perlu melibatkan perkataan yang membawa dua makna. Kadangkala... perkataan yang membawa kepada satu makna pun turut disebut dengan cara yang salah. Tak tahulah... mungkin salah guru mendidik ataupun ada masalah dialek di situ. Benda remeh... kalau dibiarkan? Jenuhlah generasi kita nanti...