Hari ni tergerak hati untuk bawa anak-anak ke Burger King menikmati juadah yang tidak pernah mereka rasai selama ini dengan harapan ada playground untuk mereka beriang gembira di sana. Rupa-rupanya angan-angan tidak seindah kenyataan. Tak tahulah... samaada menu Burger King yang sudah berubah tidak seperti 10 tahun dulu atau tekak orang yang berbadan dua berlainan rasa. Betapa bezanya...
sekadar gambar hiasan
(sumber google)
Kalau dulu Burger King memang sesuai dengan namanya dimana juadah besar-besar gedebaq belaka. Memang berbaloi-baloi. Harga tidak menjadi hal asalkan puashati. Memang lain sungguh. Menu kegemaran pula rupa-rupanya tiada lagi. Udahlah harganya tak selayak menunya. Anak-anak pula hampa bila mendapati tiada playground seperti yang ada di Restoran Makanan Segera yang lain.
Tak pernah rasa seralat-ralatnya seperti makan di Burger King hari ini. Habis melayang duitku tanpa nilai. Bagi mengubati hajat anak-anak yang tak kesampaian... saya pun membawa mereka ke Padang Polo untuk mereka melepaskan hajat seorang kanak-kanak yang lumrahnya suka bermain. Mujur juga ramai ibubapa lain yang membawa anak-anak mereka beriang gembira di situ. Takdelah sunyi sangat. Itupun tiada rasa puas dalam diri mereka bila diajak pulang kerana ada musang yang berkeliaran di sana. Bukan musang betul... tetapi musang yang dimomokkan. Hehehe...