Cikgu dah give up? Ohhh... tidaklah... mana boleh cikgu give up. Cuma... bukan senang nak menghasilkan sesebuah entri berkaitan belajar matematik. Kena pula yang mempunyai kepakaran IT yang tidak setinggi mana seperti saya. Paling-paling pun... guna 'paint' sahaja. Jadi... mulai hari ini saya akan berhenti bercerita mengenai belajar matematik.
Ambil perhatian yer. Berhenti dalam istilah tidak berhenti terus. Saya hanya akan buat entri berkaitan belajar matematik jika ada permintaan sahaja. Nyatakan topik mana yang ingin kamu ketahui dalam mengajar anak atau adik kamu. Tahun berapa? Tajuk apa? Itu lebih mudah rasanya berbanding entri yang saya buat secara rambang. Keutamaan diberi kepada matematik sekolah rendah kerana ianya bidang khusus saya.
sekadar gambar hiasan
(sumber google)
Kadang-kadang terasa seperti diperlekehkan bila buat entri berkaitan belajar matematik ni. Ramai yang tak faham tujuan entri dikeluarkan. Entri saya bukan nak mengajar orang dewasa belajar matematik tetapi bagaimana orang dewasa nak gunakan apa yang terdapat dalam entri tersebut untuk membantu adik atau anaknya mempelajari matematik.
Memang ramai yang pakar dalam matematik tetapi tidak ramai yang pakar dalam mengajar kanak-kanak matematik. Ada bezanya disitu. Kadangkala... kita gunakan cara dan kefahaman orang dewasa sedangkan kanak-kanak memerlukan cara yang lain yang lebih mudah untuk difahami olehnya. Lagi pun... isi pelajaran kini tak sama dengan zaman dulu-dulu. Tambahan pula... soalan peperiksaan zaman kini lebih banyak melibatkan kemahiran berfikir. Ini yang menjadikan anak-anak kita sering memberi jawapan mereka tidak belajar perkara tersebut sedangkan sebenarnya sudah diajar dan hanya perlu diaplikasi dalam cara yang berbeza sahaja.
Sudi-sudilah bertanya dalam kotak formspring yang ada di sebelah kanan blog ini. Insyaallah... saya cuba membantu selagi mampu. Sama-samalah melahirkan anak-anak yang bijak matematik kerana sejarah sendiri membuktikan banyak kebaikan yang diperolehi untuk masa depan yang cemerlang. Tak percaya? Tanyalah dengan orang Yahudi...