TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 19, 2010

Kisah ustazah itu - Apa pengajaran yang boleh diambil bila kisah dihebahkan?

Tak nampak apa kebaikan cerita ini disebarkan. Pengajaran? Keaiban? Cukup-cukuplah. Rata-rata memilihnya untuk dikisahkan. Aib orang... sembunyi-sembunyikan. Bukanlah membela rakan sejawat sendiri. Dengar kata bukan ustazah dalam istilah sebenar pun. Gembar-gembur sahaja. Daya penarik berita. Kalau betul bukan ustazah... mana tanggungjawab kita memperbetulkan semula? Rasanya... semua akan berlalu pergi tanpa ambil peduli.

Sensasi yang membahayakan. Tidak nampakkah kesan buruknya. Alahhh... takde lah buruk sangat kita buat dosa.... ustazah pun sama. Itu mentaliti masyarakat kita. Bila ada yang lebih baik melakukan perkara jahat.... kesalahan sendiri disorokkan. Masyarakat jarang melihat yang tersirat. Yang disajikan itu diterima bulat-bulat.

 (gambar google)

Kalau betul dia ustazah seperti yang dikatakan... itu dosanya dengan Allah. Kita doakan dia kembali ke pangkal jalan. Golongan sebegini lebih kuat godaannya berbanding kita insan biasa. Dia kecundang dengan dugaan kali ini... tak bermakna pintu taubat tak terbuka untuknya. Sama-sama kita mengingatkan.. untuk kekal di jalan yang lurus dan diredhai... mudah-mudahan.