TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 16, 2010

CARA MENGINGATI NAMA BENTUK-BENTUK OBJEK BERSISI (SHAPE AND SPACE)

Bentuk dan ruang (shape and space) merupakan salah satu topik yang ada dalam matapelajaran matematik anak-anak anda. Berikut adalah bagaimana memberikan tips kepada anak-anak mengingati nama bentuk2 berdasarkan klu yang diperolehi daripada nama bentuk-bentuk tersebut. 

Triangle

- Huruf t ditekan untuk memaklumkan t mewakili tiga. Selain itu perkataan 'tri' itu sendiri merujuk kepada 3 sisi. 




Pentagon
 - Bolehlah dirujuk kepada perkataan pen. Anda bolehlah bertanya anggota badan manakah yang digunakan untuk memegangkan pen. Jawapan yang diperolehi adalah jari. Maklumkan jumlah jari ada 5 untuk sebelah bahagian. Jadi ingat pentagon, ingat jari, ingat lima sisi.

Heksagon
 - Boleh merujuk kepada huruf s yang berada dibelakang perkataan heks. S mewakili six (enam) yang menunjukkan bahawa heksagon mempunyai 6 sisi.



Heptagon
 - Mengambil tip pada huruf t yang terdapat dalam perkataan hept yang mewakili tujuh. Disinilah penekanan dibuat dalam membezakan heksagon dan heptagon.


Oktagon
 - Merujuk kepada huruf O yang mewakili Ogos. Ogos ialah bulan lapan dan itu cara mengingati oktagon yang mempunyai 8 sisi.


SELAMAT MAJU JAYA