Sejak akhir-akhir ni saya melihat satu 'trend' yang pelik dikalangan murid saya. Nak kata macam 'magic' pun boleh juga. Masakan tidak.. latihan yang dibuat pada hari semalam boleh tiba-tiba 'hilang' sedangkan murid masih menggunakan buku yang sama untuk membuat latihan baru yang diberi pada hari ini. Bila disergah ditanya.. terkebil-kebil bulat biji mata.. kelu seribu bahasa.. muka seposen macam orang tak bersalah. Setelah selidik.. punya selidik.. akhirnya jawapan ditemui..
Rupanya anak-anak ini mempunyai 2, 3, 4 buah buku yang dilabelkan dengan buku yang sama. Sebagai contoh.. Buku latihan Matematik 1 yang dilabelkan sebagai M1 ada sebanyak 4 buah! Ini kes kerja tak siap.. takut cikgu marah.. ambil buku baru.. kononnya buku yang sama. Bijak ke apa namanya?
Itu antara sebabnya saya selalu terus kutip buku anak murid saya selepas tamat proses PnP. Siap tak siap.. itu tanggungjawab dia. Tanggungjawab saya.. ialah menanda latihan tersebut. Kalau tak.. dengarlah alasan yang diberi pada ibubapa seperti... "Cikgu tak semak buku".. "Cikgu tak minta buku" dan lain-lain. Yang salah.. cikgu jugak~
Saya juga telah menetapkan yang saya hanya akan terima buku latihan yang dilabel oleh saya sendiri. Tulisan saya dan ada cop nama saya. Selain daripada itu, saya tidak terima. Alhamdulillah.. setakat ini 'trend' pelik tersebut berjaya saya atasi dan buku anak murid saya memang lengkap dengan latihan yang diberi samaada dia berjaya menyiapkan latihan tersebut atau tidak. Ini aset saya sebagai bukti tanggungjawab saya sebagai guru telah saya jalankan..
Kepada ibubapa di luar sana cuba semak buku anak-anak anda. Mana tau ada kes seperti dalam entri saya ni. Buku tak semak.. buku ni tak semak.. bukan sebab cikgu tak minta tapi rupa-rupanya anak kita yang banyak akalnya...
Saya mempunyai buku semakan kerja murid seperti contoh dalam gambar ni. Dek kerana inilah saya dapat kesan dan atasi masalah yang berlaku. Selain itu.. ini juga bukti saya telah menjalankan tanggungjawab saya bila dipersoalkan oleh ibu bapa murid..
sumber gambar: http://perjalananutaraselatan.blogspot.com/2011/02/anak-yang-selalu-tak-hantar-buku-tapi.html