Luluh hati saya bila menerima balasan sms daripada seorang bapa bila saya berceritakan tentang sikap anaknya yang tidak menyiapkan latihan yang diberi. Lupa pula nak tangkap gambar 'sms' sebagai bukti. Lebih kurang beginilah bunyi ayatnya..
"Assalamualaikum. Maaf menganggu. Saya ingin memaklumkan yang anak Encik tidak menyiapkan latihan ms 31, 32 dan 33 yang telah diberikan sebagai kerja rumah. Harap Encik dapat ambil tindakan susulan. TQ"
"Anak saya tak kenal huruf, tak tahu membaca.. apalagi mengira.. TQ"
Senang benar jawapan balasnya kan? Kalau tak kerana etika keguruan (etikalah sangat) nak jer saya bagi berdas-das tapi tak pasal jadi isu pula kang. Pendam jelah dalam hati. Kelas yang saya ajar ni bukan kelas murid lemah. Semua murid dah boleh membaca. Ayahnya tau ke anaknya dah boleh membaca? Masalahnya murid ni memang tak diberi perhatian di rumah. Masakan tidak.. bagaimana kerja akhir yang disiapkan di sekolah.. esoknya itulah juga.." Nanti bila persoalkan.. inilah jawapan balas "Saya dah tanya dah.. dia kata mana ada kerja sekolah.."
Guru cuma ada 1 jam jer sehari nak pantau 30 orang lebih anak muridnya bagi satu matapelajaran. Kalau semuanya dibahu guru.. mana mungkin dapat dibentuk pendidikan anak-anak ini? Latihan yang diberi bukan sahaja untuk melatihkan anak untuk lebih cemerlang tetapi dalam tak langsung melatih anak untuk bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi kepadanya. Kalau dari kecil diajar sikap lepas tangan.. tak mustahil sampai besar pun tak berubah...
Sibuk pun kita bekerja, antara sebab kita bekerja ialah anak-anak. Luangkan masa untuk lihat kerja sekolah mereka. Jangan sekadar di mulut bertanya.. tetapi di mata tidak melihat. Masa depan anak kita dicorkkan oleh ibubapa.. bukan guru..