TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 3, 2010

Dia pernah telan clorox kerana cintanya yang musnah - Ambil ikhtibar dari kisahnya

Bunuh diri kerana cinta? Ada ke? Jangan tak tahu... banyak kes yang berlaku. Tidak hanya membabitkan remaja. Yang dewasa hatta yang dah berumur pun ada. Selalunya kerana kecundang dalam percintaan. Frust menonggeng. Apalagi kalau makhkota yang sepatutnya dipertahankan telah diragut dengan kerelaan sendiri. Sendiri yang rela... bila dah frust kecewa pula dan merasa diri tiada hargainya. Sebelum memberi kenapa tak terfikir harga yang hilang?

 sekadar gambar hiasan
sumber gambar: www.supplysourceonline.com

Dia putus cinta masa umurnya 15 tahun. Baru mengenal apa itu dunia cinta. Masih naif sehingga tak sedar apa yang diserahkan adalah miliknya yang harus dipertahankan untuk yang hak secara sah. Habis madu sepah dibuang. Mengambil keputusan untuk menelan clorox sebagai cara cepat untuk menghapuskan penyesalan. Bagai asid yang menghakis di kerongkong katanya. Suaranya hilang tiba-tiba tetapi... nyawanya masih panjang.

Tak cukup dengan itu... ubat nyamuk pun pernah ditelannya. Habis satu lingkaran. Setakat cola-cola yang dicampur panadol tu.. dah bertin-tin. Tiada sebarang kesan. Adakah tubuhnya yang kebal atau ada rahmatnya di situ. Sememangnya... Allah menyayangi hambanya. Tidak mahu dia mati dalam kekufuran. Dia hanya berani menelan racun-racun yang ada... untuk mengelar tangan atau menikam tubuhnya... tidak terfikirnya. Kalau nyawanya pendek... ahli nerakalah jawabnya.

Jangan cuba bunuh diri. Putus cinta bukan penamat kehidupan. Bertaubat dan belajar dari kesilapan. Kita manusia memang tidak dapat lari dari kesalahan. Dia yang tersedar kini telah bahagia dengan kehidupannya. Dia sangat bersyukur kerana Allah menyayanginya. Dia ingin berpesan dengan anak gadis di luar sana... sekali kamu tersilap... janganlah terus mengambil jalan hitam. Keluarlah... dah cari cahaya yang tersembunyi. Pasti ada rahmatNYA.

soksek2: Siapa dia? Biarlah rahsia...