TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 3, 2010

Pada siapa harus mengadu supaya rahsia terpendam dapat diluahkan tapi masih tersimpan rapat? - Haruskah dia masuk dalam kotak itu dan berbicara dengan orang sebelahnya tanpa bertentang mata

Sungguh berat derita yang dia tanggung menjadikan jiwanya hampir kosong. Tak tahu kepada siapa dia ingin mengadu. Nak diluah pada ibubapa.. bimbang diri dituduh mereka cerita atau hubungan kekeluargaan menjadi retak. Nak bercerita pada kawan rapat... takut rahsia terbongkar kelak jika kawan bertukar lawan. Nak luahkan pada orang yang tak dikenali... bimbang ada yang mengambil kesempatan atau memberi tanggapan sinis. Nak luah pada ustaz/uztazah... ada pengalaman dulu yang rahsianya terdedah. Walau tiada berat mata memandang tapi memang berat bahu yang memikul. Dia tak sanggup lagi. Dia perlu seseorang untuk meluahkan kisah hidupnya.

Bila jiwa kosong tanpa iman yang kental... syaitan turut main peranan. Terdetik di hatinya untuk masuk ke tempat itu. Menyorok di dalam kotak dan berbicara dengan orang kuat agama lain tanpa bertentang mata. Ramai rakannya yang berlainan agama melahirkan rasa penyesalan begitu. Kata mereka... jiwa mereka rasa puas dan diri bagai dilahirkan kembali. Rahsia selamat kerana diri tidak perlu bersemuka. Luahkan rasa penyesalan dan diri kamu terus diampunkan. Begitu mudahnya dan tak salah dia mencuba.

 sekadar gambar hiasan
sumber gambar: akuanakpahang.blogspot.com

Adakah dia yang bersalah bila perasaan begitu terdetik di jiwanya? Dia hanya perlukan seseorang tapi dia belum terlajak. Walaupun iman senipis kulit bawang tapi pelindungnya masih ada. Semoga imannya masih kuat dan tidak terjebak kepada penyesatan.