TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, July 21, 2010

Pintu bilik air 'Rumah Hantu' terbakar - Kan dah nampak akibatnya... masih nak kata tak sporting lagi?

Tempat kejadian: Kawasan perumahan saya tinggal
Masa: 3.30 petang
Perkara: Kebakaran melibatkan pintu bilik air di sebuah rumah yang tuannya tak pernah menjenguk muka

Anak-anak panggil rumah hantu sebab rumah tersebut tidak berpenghuni. Alhamdulillah... ada jiran yang perasan asap berkepul-kepul keluar dari rumah tersebut. Rumah bersebelahan diduduki oleh seorang ibu dua anak yang suaminya selalu outstation. Mengundang bahaya sungguh! Bau asap seperti benda plastik yang terbakar. Jiran-jiran yang berhampiran termasuk saya (selang dua buah rumah) keluar menjenguk.

Buntu apa yang harus dilakukan sebaik sahaja menelefon bomba. Seorang anak muda nekad masuk ke dalam rumah untuk mengetahui punca kebakaran. Kami yang lain... bersedia dari luar. Pintu plastik bilik air ditingkat atas habis terbakar! Pakat-pakat isi air dalam baldi untuk memandamkan kebakaran. Alhamdulillah... tiga kali curah... kebakaran dapat dikawal.

Punca... kemungkinan besar puntung rokok. Budak-budak sekolah menengah yang berhampiran rajin melepak di situ sebelum ke sekolah atau selepas balik dari sekolah. Kat bilik atas banyak kertas-kertas yang berteraburan. Kejadian mungkin kait-mengait. Kan dah kata... jangan bagi muka kat budak-budak tuuu. Nak parking motor konon... tengok.. sambil parking buat kerja yang tak senonoh. Nasib baik kebakaran dapat dikawal... kalau merebak?

 tenyeh macam niii... tak reti-reti atau nak kena ajar kat sekolah juga?
(sumber gambar; google)

Orang merokok ni pun satu hal. Kalau dah merokok tu... tak reti-reti ke nak padam bara rokok tu sebelum dibuang? Main campak-campak jer. Polis? Setakat mana sangat mereka dapat mengawal tingkahlaku pelajar-pelajar niii. Bila nampak polis dah slow... deme pun buat perangai balik.