TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, July 22, 2010

Cucumis sativus yang tidak berkumis - Apa ke benda pula ni?

Kamu tahu apa itu Cucumis sativus? Cucumis sativus adalah nama saintifik bagi mentimun betik. Kana-kena nak dekat Bulan Ramadhan ni... mentimun betik pilihan yang baik bila berbuka puasa. Ianya sejuk dan menyamankan. Walau tidak mempunyai rasa jika dimakan begitu sahaja namun rasanya bertukar lemak dan manis jika dimakan bersama santan/ susu cair yang dicampur ais batu. Perghhh! Tapi... bukan senang nak dapat mentimun betik sekarang ni. Kalau kat Perak ni... kat belah Kuala Kangsarlah tempat yang dituju untuk mendapatkannya. Saya dah dapat sebiji tau. Hajat dipenuhi oleh seorang cikgu yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat menimang cahayamata suatu hari nanti.

 Inilah rupanya buah mentimun betik. Kalau dah merekah tu... tandanya.. dah cukup masaklah tuuu

 Bentuk isi di dalamnya. macam honeydew pun ada... gebu jer isinya. Biji yang kecil-kecil dijadikan biji benihnya semula. Tumbuhan ni tumbuh menjalar.

 Ni yang saya punya... dah siap potong.. nak makan kat sekolah esok bersama rakan-rakan yang lain.

Jangan lupa makan bersama santan atau susu cair. Masukkan sedikit garam. Masukkan bersama ketulan ais batu. Fuhhh... nyaman terasa gitu..

Gambar 1, 2 dan 4 tu saya ambil dari blog Tok Penghulu. Minta izinnya Tok... jangan marah arrr. Gambar 3 je saya punya. Maklumlah.. malam2 nak tangkap guna webcam... blur jer semuanya. Kalau kamu ingin mendapat keterangan lanjut mengenai buah mentimun betik ini dah khasiatnya... klik saja di SINI

soksek2: Adakah mentimun betik ni kacukan buah timun dengan betik?