Kamu tahu apa itu Cucumis sativus? Cucumis sativus adalah nama saintifik bagi mentimun betik. Kana-kena nak dekat Bulan Ramadhan ni... mentimun betik pilihan yang baik bila berbuka puasa. Ianya sejuk dan menyamankan. Walau tidak mempunyai rasa jika dimakan begitu sahaja namun rasanya bertukar lemak dan manis jika dimakan bersama santan/ susu cair yang dicampur ais batu. Perghhh! Tapi... bukan senang nak dapat mentimun betik sekarang ni. Kalau kat Perak ni... kat belah Kuala Kangsarlah tempat yang dituju untuk mendapatkannya. Saya dah dapat sebiji tau. Hajat dipenuhi oleh seorang cikgu yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat menimang cahayamata suatu hari nanti.
