Memang masalah besar walaupun tidak menjadi masalah negara hatta masalah pihak sekolah sekalipun. Hanya melibatkan diri sendiri tapi tidak mustahil boleh melibatkan oleh lain juga. Amat besar masalahnya jika ianya turut melibatnya sah atau tidaknya sesuatu hukum. Penyelesaian masalah yang kadangkala dirasakan sukar untuk diperolehi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kena dakwat pen marker.. memang masalah besar!
Siapa kata tak mendatangkan masalah besar jika wudhu boleh jatuh tak sah bila masalah ini melanda? Setakat nak hilangkan dengan basuh gunakan air + sabun... jangan haraplah. Ada siapa yang tahu cara yang lebih mudah selain menggunakan minyak tanah atau tiner <-- betul ke eja nii?
Kesimpulannya... kepada guru atau bakal guru... simpanlah minyak tanah di rumah. Kalau tiba-tiba diserang masalah begini... takdelah kalut sangat. Tapi... janganlah jadikan alasan ini untuk tidak menunaikan solat pula (ada ke yang begitu?). Islam itu tidak membebankan jika mengikut lunas-lunasnya.
soksek2; Kalau guna handbag putih... bercalar balar dengan pen merah pula... huhuhu
kena lagi hari ni... ish3