Ini Heliza yang mana yer? Kalau ikut dari apa yang diketahui... hanya seorang sahaja Heliza dalam dunia hiburan tanahair Malaysia ni? Heliza yang masuk AF tu ke? Susah sikit nak cam sebab mukanya sentiasa berubah-ubah. Orang kata fotogeniklah tuu. Memang keputusan yang berat dalam hidupnya. Memang betul kata Heliza... menjadi guru memerlukan azam dan kekuatan yang perlu difokus. Walau sebenarnya... kerja apapun.. azam dan kekuatan itu menjadi tunjang utama tetapi guru berhadapan dengan pewaris masa depan negara. Bukan mudah MENDIDIK anak bangsa.
sumber gambar: www.zoomartis.net
“Memandangkan syarikat sudah tertubuh, saya nak fokuskan kepada syarikat sebab profesion guru memerlukan komitmen sepenuh masa.
“Walaupun tidak bergelar guru, saya akan menghasilkan buku sendiri sebagai suatu warisan kepada masyarakat. Setakat ini, projek buku ini masih dalam perbincangan. Saya berhasrat untuk membuat sebuah buku yang menjadi motivasi dan didikan kepada semua,” ulasnya.
Semoga Heliza membuat pilihan yang tepat. Bukan mudah menjalankan tugas dalam satu masa. Walau ada guru yang berniaga secara sambilan tetapi itu hanya bisnes kecil-kecil sahaja... tanpa penubuhan syarikat. Memang ada di antara rakan guru yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Ramai juga yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji setahun untuk memberi komitmen pada bisnes yang semakin maju. Tidak kurang juga yang meletakkan jawatan setelah bisnes kukuh bertapak. Apa-apa pun rezeki takkan datang tanpa usaha dan kepuasan terletak di tangan sendiri.
Soksek2: Masih setia dengan profesion perguruan. Lagi 21 tahun nak pencen tuuu. Itu pun kalau panjang umurku...