TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, June 13, 2010

Tugas khas - Mengubah buah-buahan, hidangan meja pengantin, sambut pengantin, jemput tetamu menepung tawar... silalah -sila

Maaf. Masih tidak berkesempatan untuk blogwalking dan mengomen. Hanya sempat menjenguk mereka-mereka yang berada dalam senarai bloglist saya. Itu pun hanya membaca entri-entri terkini sentuhan mereka. Terima kasih pada kamu yang tak jemu berkunjung ke blog ini. Tiada idea... tiada cerita tertentu. Hanya cerita orang yang sibuk menguruskan kenduri kahwin.

Seperti biasa... bila waktu kenduri kahwin ada beberapa tugas khas yang memang dipertanggungjawab kepada saya. Hanya pengalaman dan minat yang membantu saya dalam menguruskan tanggungjawab yang diberi. Berlagak seperti pakar dalam bidang gubah-gubahan. Saya ditugaskan untuk menyiapkan hidangan meja pengantin dan mengubah buah-buahan. Mujur kali ini ada internet yang dapat membantu saya memberi sebuah kelainan dalam gubahan buah-buahan kali ini.

 Gubahan buah-buahan yang menjadi pilihan. Ada yang berminat? Sila klik SINI

Saya juga bertindak sebagai penyambut tetamu yang menyambut kehadiran pengantin... membawa pengantin ke pelamin dan menjemput tetamu-tetamu yang hadir untuk menepung tawar. Tugas saya sehinggalah pengantin dijemput untuk bersantap di meja hidangan. Kalau dulu kita ada mak andam yang menguruskan semua perkara ini tetapi mak andam sekarang kebanyakkan mak andam moden yang hanya bertindak menyediakan solekan pengantin.

Alhamdulillah... majlis berlangsung lancar. Rasa penat pula tidaklah seperti menguruskan perkahwinan adik perempuan dulu. Mungkin pengalaman banyak memberi pengajaran. Tiada gambar pengantin yang dapat diupload lagi kerana jurukamera pun dah tumbang sama. Kalau tak salah saya... ada nama khas untuk tugas yang saya lakukan dalam menyambut pengantin tu. Apa namanya yer?