TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Tugas khas - Mengubah buah-buahan, hidangan meja pengantin, sambut pengantin, jemput tetamu menepung tawar... silalah -sila

Maaf. Masih tidak berkesempatan untuk blogwalking dan mengomen. Hanya sempat menjenguk mereka-mereka yang berada dalam senarai bloglist saya. Itu pun hanya membaca entri-entri terkini sentuhan mereka. Terima kasih pada kamu yang tak jemu berkunjung ke blog ini. Tiada idea... tiada cerita tertentu. Hanya cerita orang yang sibuk menguruskan kenduri kahwin.

Ada siapa tergoda dengan kek tak jadi semalam setelah di make over?

Ooooo... ada yang mempertikaikan kepakaran ku dalam memasak kek yer? Memang dengan rendah diri saya mengakui yang saya bukan pakar. Saya ibu baru belajar. Yang mempunyai keinginan setelah anak-anaknya begitu meminati kek-kek di pasaran. Lebih baik anak makan air tangan ibu. Di situlah sebenarnya letaknya sebuah nikmat kepuasan yang tak terkata. Walaupun adakalanya perlu akur dengan kek yang menjadi mangsa kepincangan tangan yang tak berseni... takde mana seni pun bagi seorang anak. Yang penting.. dia makan... semua ibu masak sedappp.

Saturday, June 12, 2010

Arghhhhh.... kek tak jadi!!! - Orang tu telefon.. orang ni telefon.. hilang daya tumpuanku...

Habisssss... tak naik cantik dah kek tuuu. Tulahhh... time orang sibuk buat kek... time tu lah pula ramai yang telefonnyer. Memang kelemahan saya.. Kalau memasak... taknak diganggu. Hilang daya tumpuan. Hangus pun mahu jadinya. Huhuhu...

Friday, June 11, 2010

Minggu sibuk - Ini cerita orang sibuk

Minggu yang sibuk. Penat balik Johor belum pulih sepenuhnya. PTK telah diduduki dengan cemerlang. Hehehe... dalam sejarah tauuu tahun ni.... sebab keluar awal. Tak tahulah... soalan yang senang sangat ke atau saya yang main hentam jer. Bila jawab sampai habis kertas tu... tengok banyak pula masa lagi. Malas fikir dahhh.. tengok orang lain keluar... saya pun cha alif but lah sama.

Friday, June 4, 2010

Nak bersaudara dengan orang Johor - Ada sesiapa nak jumpa kita tak?

Tepi jeti kapal berlabuh,
Menunggu penumpang di perhentian,
Berangkat ke Johor selepas subuh,
Semoga urusan dipermudahkan.

Wednesday, May 12, 2010

Telur dalam perut Itik - Apa yang pelik?

Itik memang bertelur. Itik betina. Itik pun nak jadi cerita sebab itik yang ni pelik sikit. Tiada jantina. Tiada jantan tiada betina. Ukurannya? Besar lagi tapak tangan kita. Tingginya? Sampai jugalah sejengkal. Yang lebih uniknya... itik ini ada warna warni kalau mahu. Istimewa sungguh itik ini. Nak tengok?